Piala Dunia bawah 20 tahun: pemain Korea Selatan terima sambutan wira [ 10m ago ]

Gambia rampas aset bekas Presiden Jammeh

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
BANJUL, 13 Jun (Bernama) -- Peguam Negara dan Menteri Keadilan Gambia Abubacarr Tambadou pada Rabu mengumumkan dalam sidang media mengenai pelucuthakan semua aset bekas Presiden Yahya Jammeh, lapor agensi berita China Xinhua.

"Semua institusi kewangan di negara ini, terutama bank komersial, adalah dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap tindakan dan pengumuman ini yang akan disusuli surat-menyurat khusus yang dialamatkan kepada setiap institusi yang terlibat," katanya.

Beliau berkata langkah itu adalah perlu susulan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan yang baru-baru ini mengemukakan laporan penyiasatan lebih dua tahunnya terhadap urusan kewangan bekas pemerintah itu kepada Presiden Adama Barrow.

Bagaimanapun, menurut beliau, siasatan itu menunjukkan "Jammeh, sama ada secara langsung atau menerusi pihak ketiga, telah menyeleweng lebih 1 bilion dalasis (lebih US$20 juta)."

Tambadou berkata kementeriannya kini mengambil semua langkah untuk menasihati presiden berhubung laporan itu.

Kerajaan semasa Gambia telah secara konsisten mendakwa bahawa mereka telah mewarisi ekonomi miskin akibat penyelewengan kewangan oleh pentadbiran terdahulu selama lebih 20 tahun.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu