25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 58m ago ]

Pelanggan talian kongsi MaxisONE boleh beli telefon pintar menerusi Zerolution

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pelanggan Talian Kongsi MaxisONE bagi akaun Pelan MaxisONE kini boleh membeli telefon pintar terbaru menerusi Zerolution – pelan keluarga pertama seumpamanya di Malaysia.

Oleh kerana pelanggan Pelan MaxisONE layak mendapat empat talian kongsi bagi setiap akaun, ini bermakna keluarga Maxis kini boleh membeli sehingga lima telefon pintar di bawah satu akaun, kata Maxis dalam satu kenyataan hari ini.

“Setakat ini, tidak ada pelan di Malaysia yang menawarkan kepada pelanggan Talian Kongsi pilihan untuk memiliki telefon bagi setiap talian. Sebelum ini hanya pelanggan talian utama yang boleh membeli peranti di bawah satu-satu pelan.

“Maxis baru-baru ini juga meningkatkan talian kongsinya dengan memberikan pelanggan lebih banyak data – sejumlah 20 GB bagi setiap talian, manakala talian kongsi dengan pelan MaxisONE Home Fibre terus mendapat data tanpa had,” kata syarikat itu.

Ketua Bahagian Pemasaran Produknya Arjun Varma berkata Maxis sentiasa menjadi peneraju pasaran dengan komitmen ke arah menyediakan kesalinghubungan dan akses bagi semua keluarga di Malaysia.

“Kami melihat pergantungan tinggi kepada telefon pintar dalam kehidupan harian setiap keluarga. Ia bukanlah mudah kerana peningkatan harga runcit, serta pelan keluarga terhad untuk memiliki lebih daripada satu peranti.

“Kami mahu setiap ahli keluarga dapat saling berhubung antara satu sama lain, itulah sebabnya mengapa kami menyediakan setiap talian dengan akses kepada peranti terbaharu menerusi Zerolution,” katanya.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu