25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 1h ago ]

AmInvestment Bank ulangi saranan ´beli´ ke atas Bermaz

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- AmInvestment Bank mengulangi saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto Bhd (BAuto), susulan laporan bahawa BAuto mencatatkan prestasi kukuh bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2019.

Keuntungan bersih BAuto melonjak 90 peratus kepada RM265.26 juta untuk tahun kewangan 2019 berikutan jumlah jualan domestik dan margin keuntungan kasar yang meningkat serta sumbangan keuntungan lebih tinggi daripada syarikat sekutu, Mazda Malaysia Sdn Bhd.

Firma penyelidikan itu berkata untung bersih teras BAuto bagi tahun kewangan 2019 adalah sejajar dengan jangkaan bank tetapi melebihi unjuran konsensus pada 106 peratus.

Pendapatan bersih BAuto lebih tinggi telah disokong oleh pertumbuhan hasil tahun ke tahun yang baik iaitu sebanyak 25 peratus kepada RM2.5 bilion, katanya.

Dalam pada itu, firma penyelidikan lain, Maybank IB Research berkata penghasilan produk baharu Mazda secara berterusan akan terus mendorong jualan untuk BAuto di Malaysia dan Filipina.

"Selain itu, dengan 95,000 kenderaan Mazda di jalan raya Malaysia sejak tahun 2009, BAuto mula meraih faedah margin yang lebih tinggi daripada pendapatan menerusi perkhidmatan selepas jualan secara berulang," katanya.

Setakat 11.31 pagi ini, saham BAuto di Bursa Malaysia meningkat lapan sen kepada RM2.48, dengan 4.12 juta saham bertukar tangan.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu