CIMB sertai usaha PBB tingkat pelaburan swasta dalam pembangunan mapan [ 29m ago ]

GDB tender projek bernilai RM2.9 bilion

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Firma perkhidmatan pembinaan GDB Holdings Bhd (GDB) mengemukakan tender untuk projek bernilai RM2.9 bilion termasuk bangunan komersial dan kediaman di Lembah Klang.

Dalam kenyataan di sini, kumpulan itu berkata nilai tender semasanya terdiri daripada 12 projek di Lembah Klang, seperti bangunan untuk kediaman, pembangunan bercampur, hotel, kilang dan galeri jualan.

Pengarah Urusan Cheah Ham Cheia berkata GDB telah melonjakkan prospeknya pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 (FY2019) dengan rekod yang kukuh bagi penyelesaian kerja-kerja yang lebih awal daripada jadual dan penarafan berkualiti tinggi.

“FY2019 telah menyaksikan peningkatan secara beransur-ansur dalam aktiviti tender pembinaan pelbagai bangunan, mencerminkan pulihnya sentimen pemilik projek di sektor ini,” katanya.

Tambahan pula, Cheah berkata rekod konsisten kumpulan itu dalam menyiapkan projek lebih awal daripada jadual juga telah meletakkan GDB pada kedudukan yang istimewa bagi mendapatkan projek baharu.

“Kami terus giat mendapatkan kontrak baharu dalam usaha untuk meningkatkan nilai perolehan kontrak sebanyak RM619.1 juta pada akhir Mac 2019. Nilai perolehan kontrak kumpulan akan bertahan sehingga tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021,” kata Cheah.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu