25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 1h ago ]

Hap Seng akan jual tanah di Tawau pada RM27.14 juta

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Hap Seng Consolidated Bhd (HSCB) bercadang untuk menjual baki petak tanah pajakannya di Tawau, Sabah kepada Goldcoin Ventures Sdn Bhd pada RM27.14 juta.

Anak syarikat milik penuhnya, Hap Seng Properties Development Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli tanah itu dengan Goldcoin Ventures, unit Akal Megah Sdn Bhd, yang merupakan milik penuh syarikat berpangkalan di Hong Kong, Lei Shing Hong Ltd.

"Cadangan penjualan itu dijangka meningkatkan keuntungan bersih kira-kira RM20.26 juta kepada kumpulan HSCB,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

HSCB berkata penjualan itu selaras dengan strategi kumpulan untuk melupuskan petak tanah yang terletak di lokasi tidak strategik tanpa potensi pembangunan segera.

Keuntungan itu akan digunakan untuk mengurangkan pinjaman bank dan/atau menyumbang kepada modal kerja kumpulan, katanya.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu