EcoWorld shares up on new JV with PowerChina [ 44m ago ]

THHE peroleh sub-kontrak RM47.4 juta

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- TH Heavy Engineering Bhd (THHE) telah diberikan sub-kontrak bernilai RM47.4 juta oleh Afcons Infrastructure Ltd of India.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya ia membabitkan kerja pemasangan cerucuk berkaitan Projek Platform Proses Luar Pesisir (CCP & LQUP) bagi pembangunan KG-DWN-98/2 Blok NEP luar pesisir India.

THHE berkata kerja itu dijadual bermula pada Ogos dan siap pada 31 Dis, 2020.

"Sub-kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham THHE bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 sehingga 31 Dis, 2020," katanya.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu