Invest Selangor cadang panduan bagi pengurusan taman perindustrian [ 2m ago ]

Media Prima lantik Syed Hussian sebagai pengerusi kumpulan

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Media Prima Bhd melantik Datuk Syed Hussian Syed Junid, 58, sebagai pengerusi kumpulan itu, berkuat kuasa 1 Julai, 2019.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Media Prima berkata Syed Hussian akan menggantikan Datuk Mohd Nasir Ahmad yang akan mengakhiri tugasnya sebagai pengerusi kumpulan pada 30 Jun.

"Syed Hussian dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dan pengerusi kumpulan berkuat kuasa 13 Jun, 2019,” katanya.

Sementara itu, dalam makluman berasingan kepada bursa, gergasi media dan hiburan negara itu berkata Mohd Nasir melepaskan jawatan untuk memberi tumpuan kepada komitmen dalam tugasan pengarahan yang lain.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu