DBKK sediakan sistem pangkalan data pantau pertumbuhan kawasan setinggan [ 2m ago ]

Unit Daya Materials jual kren, forklift pada harga RM11.5 juta

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Daya Proffscorp Sdn Bhd (DPRO), anak syarikat Daya Materials Bhd (DMB) dengan pegangan 58.5 peratus, telah menerima tawaran Key Prospect Sdn Bhd (KPSB) membabitkan pembelian 22 unit kren mudah alih dan dua unit trak forklift DPRO pada harga RM11.5 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, DMB berkata KPSB akan membayar deposit 10 peratus atau RM1.15 juta kepada DPRO dalam tempoh tujuh hari perniagaan mulai 12 Jun, 2019 yang juga tarikh surat setuju terima.

Deposit itu akan dipulangkan kepada KPSB (tanpa sebarang faedah) jika perjanjian jual beli (SPA) tidak dapat dipenuhi berdasarkan syarat-syarat akibat kesalahan di pihak DPRO atau DMB.

"Pihak-pihak terbabit akan meneruskan pemeteraian SPA dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat setuju terima KPSB atau tarikh lain yang dipersetujui DPRO," katanya.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu