CIMB sertai usaha PBB tingkat pelaburan swasta dalam pembangunan mapan [ 22m ago ]

Cagamas terbit Kertas Komersil Konvensional 3 bulan RM350 juta

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Perbadanan Gadai Janji Nasional, Cagamas Bhd, mengumumkan penerbitan Kertas Komersil Konvensional (CCP) tiga bulan berjumlah RM350 juta.

Dalam kenyataan di sini, Cagamas berkata CCP, yang merupakan terbitan kelima syarikat itu tahun ini, akan diterbitkan menerusi program Kertas Komersil Konvensional dan Islam RM20 bilion sedia ada, dengan hasilnya akan digunakan untuk membiayai pembelian gadai janji daripada sistem kewangan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chung Chee berkata berdasarkan sentimen pengelakan risiko semasa yang timbul akibat ketidaktentuan geopolitik global yang berterusan, selain jangkaan pemotongan Kadar Dana Fed Amerika Syarikat, terbitan secara strategik itu dimuktamadkan menerusi tawaran saham persendirian dan mencapai harga kompetitif pada tiga mata asas di bawah kadar penanda aras tiga bulan KLIBOR.

"Kami gembira melihat terbitan jangka pendek syarikat itu terus mendapat sambutan, dengan permintaan ke atas instrumen pendapatan tetap mata wang tempatan terus kukuh dalam pasaran modal domestik," katanya.

Terbitan yang dimuktamadkan ini menjadikan jumlah terbitan syarikat kepada RM2.8 bilion.

Kertas, yang akan ditebus pada nilai nominal penuh mereka pada masa matang, merupakan obligasi tidak bercagar syarikat, kedudukan setara antara mereka dan besama semua obligasi tidak bercagar sedia ada syarikat.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu