25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 58m ago ]

Unit KNM Group peroleh kontrak bernilai US$6.65 juta

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung KNM Group Bhd telah memenangi dua kontrak yang keseluruhannya bernilai US$6.65 juta (US$1=RM4.17).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata anak syarikatnya, FBM Hudson Italiana S.p.A (FBM) mendapat kontrak US$4.55 juta bagi rekaan, pemasangan dan pembekalan alat penyejuk udara panas untuk kilang penapisan petroleum dan polipropilena di Nigeria daripada Dangote Oil Refining Co Ltd dan Dangote Petroleum Refinery and Petrochemicals Free Zone Enterprise.

"Pembekalan dan penghantaran adalah untuk tempoh 12 bulan dari tarikh kontrak,” katanya.

Sebuah lagi anak syarikat, FBM-KNM FZCO (FZCO) mendapat kontrak US$2.10 juta bagi pembekalan dan penggantian alat penukar haba untuk kilang pemprosesan gas Khor Al Zubair di Wilayah Basrah, Iraq daripada Basrah Gas Company.

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan KNM Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 dan 31 Dis, 2020.

"Pemberian kontrak itu juga tertakluk kepada risiko komersial dan kewangan tertentu, khususnya dalam industri kuasa, minyak, gas, petrokimia dan tenaga," katanya.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu