Tiga maut terperangkap kebakaran [ 2m ago ]

Kadar pengangguran kekal 3.4 peratus

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Kadar pengangguran di negara ini pada April lepas kekal pada 3.4 peratus bagi dua bulan berturut-turut, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh.

Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pada bulan sama, bilangan penganggur naik 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 523.3 ribu orang.

"Kadar penyertaan tenaga buruh pada April 2019 kekal 68.5 peratus semenjak Februari 2019, namun meningkat 0.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Uzir berkata bilangan tenaga buruh pada bulan itu naik 2.0 peratus berbanding April 2018 kepada 15.61 juta orang.

Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 1.9 peratus kepada 15.09 juta orang, katanya.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu