Lebih 5,000 penyokong JDT sambut kejayaan rangkul juara enam musim [ 18m ago ]

Tasnim Food Industri berkolaborasi dengan pelabur Korea buka francais makanan

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
Mohd Hatta Md Ramli
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) – Tasnim Food Industries Sdn Bhd bersama pelabur dari Korea Selatan hari ini telah melancarkan restoran makanan Tasnim Gangjungene yang menawarkan makanan Korea Selatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Mohd Hatta Ramli berkata beliau berharap menerusi kerjasama itui, rangkaian restoran Tasnim akan dapat dibuka di Korea Selatan di masa akan datang.

“Saban hari, semakin ramai pelancong dari Malaysia ke Korea dan juga pelancong Korea masuk ke Malaysia. Oleh itu, permintaan untuk makanan sebegini akan terus mendapat permintaan di samping minat tinggi rakyat Malaysia kepada makanan Korea,” katanya selepas majlis perasmian restoran Tasnim Gangjungene dan pusat latihan usahawan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan terus memberikan sokongan kepada bakal usahawan untuk maju dalam perniagaan.

“Kami akan bantu mereka sedaya upaya ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara usahawan, selari dengan aspirasi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Tasnim Food Industries Rafizan Razak berkata kolaborasi itu juga akan membuka ruang kepada usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan sendiri di bawah payung Tasnim Gangjungene.

“Kami juga akan membimbing usahawan untuk membuka restoran, mini trak makanan, kiosk, konsep dan sebagainya mengikut bajet yang dimiliki bakal peniaga,” katanya.

Sehingga kini, Tasnim Gangjungene telah membuka enam francais di Kuala Lumpur dan Lembah Klang dan berhasrat untuk terus melebarkan sayapnya ke negeri-negeri lain.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu