Lebih 80,000 kes kebankrapan direkodkan sejak 2015 hingga Ogos [ 27m ago ]

Maxis kongsi topik penyelesaian perusahaan, teknologi di MTW 2019

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Aspek teknologi disruptif atau teknologi pengganggu serta penyelesaian perusahaan merupakan antara topik yang bakal dikongsi oleh sekumpulan pakar dan pemikir Maxis Bhd di acara Malaysia Tech Week 2019 (MTW 2019) pada 17-21 Jun, 2019.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata perbincangan itu akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut.

“Acara MTW 2019 merupakan platform terbaik yang menggalakkan pemikiran atau minda bagi kemajuan masa depan," kata Ketua Pegawai Digital dan Transformasi syarikat itu, Rob Sewell.

MTW 2019 selama lima hari itu memberi tumpuan kepada acara dipacu industri selain menghimpunkan kalangan ahli korporat terbaik Malaysia, rakan ekosistem, pelabur, pengawal selia dan syarikat pemula niaga serta delegasi dari serata dunia ke Kuala Lumpur.

Ia turut menjadi platform bagi memaparkan perincian pencapaian dalam inovasi teknologi pengganggu yang mengubah atau mengatasi teknologi lama selain mengetengahkan pameran inovasi, peluang padanan perniagaan, platform pembentangan serta akses kepada rangkaian ekosistem teknologi Malaysia.

Maxis merupakan penaja peneraju teknologi bagi MTW 2019.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu