Pengalaman pernah hidup susah jadi inspirasi dermawan bantu golongan kurang bernasib baik [ 19m ago ]

Paragrene Land lancar projek pembangunan bercampur dengan GDV RM5.4 bilion

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pemaju hartanah, Paragrene Land Sdn. Bhd. bercadang melancarkan projek pembangunan bersepadu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.4 bilion di Greater Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Pembangunan kumpulan itu, M. Halim berkata satu daripada projek itu ialah GrenePark City di Puchong South yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Projek itu terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan SoVo, rumah mampu milik dan kedai runcit dengan GDV RM2.825 bilion, katanya.

Projek lain termasuk kondominium bertingkat tinggi Paragrene SG (GDV RM168 juta) dan Grene Suites di Seputeh dengan GDV RM500 juta.

Halim berkata syarikat itu turut melancarkan GrenePark Village (GPV) di Greater Kuala Lumpur South yang menyasarkan pembeli rumah pertama dan para pelabur yang memilih gaya hidup kosmopolitan.

Terletak di perkampungan runcit yang moden dan taman tropika di koridor pertumbuhan Kajang-Semenyih, GPV menawarkan generasi baharu yang terkini dengan suit fleksi dan/ suit pejabat, katanya.

Projek baharu itu dilaksanakan susulan daripada respons menggalakkan terhadap Residensi Hektar (sebelum ini dikenali sebagai Rumawip) di Jalan Gombak yang telah terjual sebanyak 2,400 unit sejak dilancarkan pada Januari 2018.

“Kami berada dalam perniagaan ini bagi jangka panjang dan memberikan nilai wang yang terbaik kepada pembeli, manakala pelabur pula merupakan keutamaan kami di pasaran pada hari ini,” kata Halim.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu