25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 1h ago ]

PM Sri Lanka akan rasmi kilang minyak pelincir milik rakyat Malaysia

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
Datuk Hazimah Zainuddin ketika ditemu bual wartawan Bernama Ekonomi di Wisma Bernama hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe akan merasmikan pembukaan kilang mengadun minyak pelincir milik rakyat Malaysia di Muthurajawela dekat Colombo pada 24 Jun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Hyrax Oil Sdn Bhd (HOSB) Datuk Hazimah Zainuddin berkata loji itu merupakan pelaburan asing pertama dari Malaysia ke Sri Lanka di bawah kerajaan semasa yang diketuai oleh Presiden Maithripala Sirisena.

Beliau memberitahu Bernama bahawa HOSB memeterai perkongsian dengan syarikat minyak negara Sri Lanka, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) pada 2008 untuk menghasilkan, membekal dan mempromosi minyak pelincir jenama CPC untuk pasaran Sri Lanka.

"Bekalan minyak pelincir itu adalah dari kilang kami di Klang, Selangor. Susulan kejayaan pemasaran pelincir itu, HOSB memasuki fasa kedua jalinan kerjasama dengan CPC, iaitu HOSB yang akan membina dan mengendalikan kilang di Sri Lanka.

"Pembinaan kilang itu bermula pada 2016 dan kami gembira mengumumkan bahawa kilang kami di Sri Lanka sudah siap dibina," kata Hazimah.

Diperbadankan pada 1991, HOSB menghasilkan pelincir berkualiti dan derivatif petroleum lain yang berjaya dipasarkan dan dibekalkan di lebih 35 negara.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu