Warga PKNS maut di Turki: Jiran kenang Azalan sebagai pemurah, mengambil berat [ 3m ago ]

Unit Perisai Petroleum peroleh kontrak bernilai US$20 juta

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Anak syarikat 51 peratus milik Perisai Petroleum Teknologi Bhd, Perisai Offshore Sdn Bhd memperolehi kontrak bernilai US$20 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi pembekalan pelantar penggerudian boleh naik dan turun atau ‘jack-up’, Perisai Pacific 101 (PP101), bagi Kerja-kerja Penggerudian Semarang.

PP101 merupakan pelantar dengan spesifikasi tinggi yang berupaya beroperasi pada kedalaman air 400 kaki, serta keupayaan kedalaman penggerudian sedalam 30,000 kaki, menurut Perisai Petroleum dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Tarikh mula laksana dijangka antara 1 Ogos, 2019 dan 1 Sept, 2019 dengan anggaran tempoh selama 200 hari,” menurut syarikat itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu