Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh laut ketika memancing [ 11m ago ]

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead plantations bersara 31 Julai

Tarikh kemaskini: 14/06/2019
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boustead Plantations Bhd (BPB) Chow Kok Choy, 71, akan bersara pada 31 Julai, 2019, setelah berkhidmat dengan kumpulan itu dalam pelbagai kapasiti selama 48 tahun, sejak 1971.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, BPB berkata lembaga pengarah telah melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mohamad Azlan Jaafar sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif untuk tempoh interim sehingga notis selanjutnya.

Sementara itu, Pengerusi BPB Jen (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat dalam kenyataan berasingan berkata kepakaran luas Chow sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan kumpulan itu tidak ternilai.

"Beliau memainkan peranan penting dalam pertumbuhan kumpulan dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Chow menyertai kumpulan itu pada 1971 sebagai pengurus ladang di beberapa estet.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi BPB dari 2014 sehingga pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2018.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu