Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh laut ketika memancing [ 26m ago ]

Polis selesai kes ragut dalam tempoh tiga jam di Miri

Tarikh kemaskini: 16/06/2019
MIRI, 16 Jun (Bernama) -- Polis berjaya menyelesaikan kes ragut melibatkan seorang wanita dalam tempoh tiga jam dengan penahanan seorang lelaki tempatan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek seorang penganggur berusia 41 tahun ditahan di dalam sebuah bilik hotel bajet pada pukul 12.30 tengah hari selepas meragut telefon bimbit seorang wanita warga Indonesia tiga jam sebelum itu.

“Kejadian berlaku pada pukul 9 pagi apabila mangsa diragut telefon bimbitnya bernilai RM800 oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah kedai berhampiran sebuah hotel di sini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Lim berkata mangsa mendapatkan pertolongan seorang lelaki untuk menghantar mesej kepada suspek menggunakan telefon lelaki itu ke telefon bimbit milik mangsa dan suspek bersetuju menyerah kembali telefon bimbit mangsa setelah diberitahu kejadian ragut itu dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV).

“Suspek memberitahu lelaki berkenaan telefon bimbit itu berada di dalam bilik hotel bajet itu dan pada pukul 12.30 tengah hari pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri membuat serbuan menahan suspek,” katanya.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu