Sathianathan praises the Red Giants' fighting spirit [ 56s ago ]

China: Enam pengembara berjalan kaki dihukum kerana menyeberangi hutan simpan tanpa izin

Tarikh kemaskini: 18/06/2019
CHENGDU, 18 Jun (Bernama) -- Enam daripada tujuh pengembara berjalan kaki telah dihukum kerana menyeberangi sebuah hutan simpan tanpa kebenaran di barat daya China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Seorang lagi pengembara berjalan kaki meninggal dunia secara tidak disengajakan semasa perjalanan di Hutan Simpan Negara Wolong dalam Wilayah Sichuan.

Menurut pihak hutan simpan itu pada Isnin, keenam-enam pengembara berjalan kaki telah didenda sebanyak 5,000 yuan (US$722) setiap orang.

Pada Mac tahun ini, seorang daripada pengembara berjalan kaki terbabit telah memuat naik di Internet kisah mengenai perjalanan mereka ke Daxuetang, gunung tertinggi di ibu kota wilayah itu, Chengdu.

Enam lagi pengembara berjalan kaki menyertai perjalanan itu pada awal bulan ini mengikut rancangan.

Dalam perjalanan pulang, mereka berdepan tiupan angin kencang, hujan dan salji yang menyebabkan seorang maut selepas terjatuh.

Mereka yang terselamat menerima hukuman itu dan berkata mereka telah mendapat pengajaran daripada insiden tersebut.

Hutan Simpan Negara Wolong adalah sebuah hutan simpan bertaraf nasional yang meliputi kawasan seluas 2,000 kilometer persegi.

Sebarang aktiviti yang tidak mempunyai kaitan dengan penyelidikan saintifik adalah dilarang di kawasan itu.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu