Polis tahan lelaki tempatan disyaki curi besi penutup longkang di Inanam [ 2m ago ]

Lahirkan anak pada usia lebih tua jadi trend wanita di Taiwan

Tarikh kemaskini: 18/06/2019
TAIPEI, 18 Jun (Bernama) -- Melahirkan anak pada usia lebih tua, malah pada usia yang lanjut, kini menjadi trend wanita di Taiwan berbanding 10 tahun lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik statistik terkini.

Kira-kira 30.1 peratus wanita yang melahirkan anak pada 2018 adalah berusia lebih 35 tahun, menyaksikan peningkatan sebanyak 16.7 peratus berbanding sedekad lalu, menurut data daripada statistik pihak berkuasa pulau itu.

Ibu-ibu baharu yang berusia antara 25 dan 29 tahun menyumbang sebanyak 23.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pada 2018, menyaksikan penururan sebanyak 13 peratus berbanding tahun 2008.

Purata usia ibu baharu pada 2018 ialah 32 tahun.

Sejumlah 181,000 bayi dilahirkan di Taiwan pada 2018, merosot sebanyak 7.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data itu.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu