CIMB sertai usaha PBB tingkat pelaburan swasta dalam pembangunan mapan [ 13m ago ]

Terdapat "petanda baik", rundingan senjata nuklear AS, Korea Utara disambung semula

Tarikh kemaskini: 18/06/2019
INCHEON, 18 Jun (Bernama) -- Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung Wha berkata pada Selasa terdapat "petanda baik " menunjukkan kemungkinan rundingan mengenai isu senjata nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara akan disambung semula, lapor agensi berita Yonhap.

"Saya rasa adanya petanda yang baik," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba di lapangan terbang dari Moscow.

Sebelum ini, beliau mengadakan lawatan dua hari ke Rusia dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya, Sergey Lavrov mengenai beberapa isu penting termasuk keengganan Korea Utara meneruskan rundingan.

Mengenai rancangan Presiden China, Xi Jinping melawat Korea Utara hujung minggu ini, katanya, "komunikasi antara Pyongyang dan Beijing dilihat akan membantu mencapai matlamat menghapuskan senjata nuklear dan mewujudkan keamanan yang berkekalan."

Kedua-dua pihak juga bersetuju mengembalikan semula momentum dialog antara Pyongyang dan Washington, selain membincangkan mengenai apakah mesej Seoul dan Moscow untuk disampaikan kepada negara lain dalam beberapa siri perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 di Jepun.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu