CIMB sertai usaha PBB tingkat pelaburan swasta dalam pembangunan mapan [ 26m ago ]

Skandal rasuah: Syarikat Brazil Odebrecht failkan muflis

Tarikh kemaskini: 18/06/2019
MOSCOW, 18 Jun (Bernama) -- Syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht yang terpalit skandal rasuah, memfailkan syarikat itu muflis, lapor agensi berita Sputnik, memetik laporan media pada Isnin.

Odebrecht menganggap langkah itu dapat membantu firma menyusun semula hutangnya bernilai US$13 bilion, menurut syarikat Argus Media.

Skandal Odebrecht melibatkan beberapa negara di Amerika Selatan, kerana rasuah oleh syarikat dan pegawai telah dijadikan amalan selama bertahun-tahun lamanya. Sebaik jenayah itu didedahkan beberapa pegawai tinggi di benua itu dipecat.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu