Anxious moments for teenager in swimming pool [ 15m ago ]

Perancis: dua cedera dalam insiden tembakan di masjid

Tarikh kemaskini: 28/06/2019
PARIS, 28 Jun (Bernama) -- Dua orang termasuk seorang imam cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di luar sebuah masjid di barat daya Perancis, lapor agensi berita Anadolu, memetik media Perancis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang di depan Masjid Sunna de Brest di bandar pelabuhan Brest, Brittany.

Imam itu dikenal pasti sebagai Rashid El Jay, lapor media France 24 memetik Majlis Islam Perancis dan sumber perundangan, keadaan kedua-dua mangsa dilaporkan tidak serius.

Sementara itu, penyerang ditemui mati di satu kawasan kira-kira 10 kilometer dari masjid, menurut sumber polis.

Selepas kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner mengarahkan supaya langkah keselamatan ditingkatkan terhadap rumah ibadat di seluruh negara.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu