Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tersenarai dalam pencalonan Oscar 2020 [ 2h ago ]

Kematian Wanita Di Johor Bahru Adalah Disebabkan Oleh Masalah Jantung, Bukannya Pencemaran

Tarikh kemaskini: 07/07/2019
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk mengenai isu tular di media sosial pada 6 Julai 2019 yang melaporkan ”masalah sesak nafas beberapa hari lalu akibat pencemaran udara di Pasir Gudang membawa kepada terkorbannya seorang ibu”. Wanita yang dimaksudkan adalah merupakan seorang penghidap penyakit kronik terutama penyakit hipertensi (darah tinggi) selama 10 tahun. Pihak KKM ingin mengucapkan takziah kepada suami serta ahli keluarga dan amat bersimpati terhadap apa yang sedang mereka lalui. Namun begitu, adalah dimaklumkan bahawa punca kematian beliau bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang.

Adalah dimaklumkan bahawa pada 5 Julai 2019, arwah telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) kerana mengalami gejala kesukaran bernafas dan batuk selama 3 hari, bengkak di bahagian kaki dan demam selama sehari. Beliau telah dimasukkan ke dalam wad, di mana pemeriksaan mendapati arwah berada dalam keadaan akut (acute) iaitu tekanan darah yang sangat tinggi serta kadar pernafasan yang tinggi (sesak nafas). Pasukan perubatan yang merawat telah berusaha sedaya upaya memberikan rawatan kepada beliau, namun keadaan kesihatannya menjadi semakin serius dan telah meninggal dunia pada 6 Julai 2019, jam 4.20 pagi dengan penyebab kematian sebagai Decompensated Heart Failure.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu