Felda dalam proses nilai kerosakan akibat banjir di Kelantan [ 27m ago ]

Tentera Yaman tembak jatuh dron militia Houthi di selatan Hudaidah

Tarikh kemaskini: 09/07/2019
YAMAN, 9 Julai (Bernama) -- Pasukan Tentera Kebangsaan Yaman pada Isnin menembak jatuh sebuah dron peninjau milik militia Houthi di daerah Duraihmi, yang terletak di selatan wilayah Hudaidah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik laman sesawang ketenteraan Yaman.

Menurut laman sesawang September Net, yang dikendalikan tentera Yaman, pesawat itu disyaki sedang berusaha melakukan misi tinjauan di timur bandar Duraihmi.

Dalam konteks lain, pasukan kejuruteraan Tentera Kebangsaan berjaya membongkar sebutir peluru berpandu tentera laut yang mengandungi sejumlah besar bahan letupan, yang ditinggalkan militia Houthi di Hudaidah.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu