Mangsa kemalangan tak sabar ke sekolah [ 8m ago ]

Lebih 460,000 kes disyaki kolera di Yaman tahun ini dengan 705 kematian - PBB

Tarikh kemaskini: 09/07/2019
NEW YORK, 9 Julai (Bernama) -- Terdapat lebih 460,000 kes disyaki kolera di Yaman setakat ini pada 2019 berbanding 380,000 kes sepanjang tahun lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Farhan Haq, timbalan jurucakap bagi Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, berkata sudah terdapat 705 kematian akibat penyakit itu tahun ini berbanding 75 bagi tempoh sama pada 2018.

Selain itu, kira-kira 200,000 kanak-kanak disyaki menghidap penyakit itu pada 2019, menurut Haq.

Banjir kilat baru-baru ini mempercepat penularan kolera di seluruh negara, yang diburukkan lagi oleh penyelenggaraan sistem pengurusan sisa yang kurang baik dan kekurangan akses kepada air bersih untuk diminum atau bagi tujuan pengairan, katanya.

PBB dan rakan kongsinya mengendali hampir 1,200 fasiliti rawatan kolera di Yaman, kata beliau sambil menambah pembiayai bagi fasiliti terbabit diperlukan segera.

"Pelan Respons Kemanusiaan Yaman memerlukan US$4.2 bilion untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada lebih 20 juta orang tahun ini," kata jurucakap itu.

"Sehingga hari ini, hanya 32 peratus daripada keperluan itu telah dipenuhi."

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu