PTPTN giat promosi Geran Sepadan untuk golongan B40 [ 4m ago ]

Rang undang-undang ekstradisi sudah 'mati, kata Ketua Eksekutif Hong Kong

Tarikh kemaskini: 09/07/2019
BEIJING, 9 Julai (Bernama) -- Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam berkata rang undang-undang kontroversi yang membolehkan ekstradisi ke tanah besar China dan telah menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran di wilayah itu sudah "mati," lapor agensi berita Rusia Sputnik.

"Saya telah mengambil langkah segera bagi menghentikan pindaan (rang undang-undang) itu. Bagaimanapun, masih terdapat keraguan terhadap keikhlasan kerajaan atau kebimbangan sama ada kerajaan akan memulakan semula proses itu dalam majlis perundangan, jadi saya ulangi di sini: tidak ada rancangan untuk berbuat demikian, rang undang-undang itu sudah mati," kata Lam pada mesyuarat majlis eksekutif.

Beliau berkata sebarang gesaan untuk pengampunan – agar kerajaan tidak akan mengambil tindakan susulan terhadap siasatan dan pendakwaan ke atas mereka yang melanggar undang-undang semasa demonstrasi – " tidak dapat diterima."

Ketegangan di Hong Kong memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini berhubung rang undang-undang ekstradisi yang membolehkan mereka yang dtahan di bekas tanah jajahan Britain itu dihantar untuk perbicaraan di tanah besar China.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu