Mitra provides IR4.0 training for benefit of Indian community [ 6h ago ]

Bola sepak: Tunisia mara ke separuh akhir Piala Afrika

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
ANKARA, 12 Julai (Bernama) -- Tunisia melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019 selepas membelasah Madagascar 3-0 pada lewat Khamis di Kaherah, Mesir, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Ferjani Sassi menjaringkan gol pertama Tunisia pada minit ke-52 selepas aksi separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol.

Tunisia sekali lagi membolosi gawang lawan melalui Youssef Msakni lapan minit kemudian sebelum pemain gantian Naim Sliti menjaringkan gol ketiga sejurus sebelum perlawanan berakhir.

Tunisia akan menentang Senegal pada 14 Julai.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu