Mangsa kemalangan tak sabar ke sekolah [ 9m ago ]

22 PATI ditahan dalam operasi bersepadu sekitar Kota Kinabalu

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada 76 individu diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama enam jam bermula 3 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata operasi itu dijalankan di lima lokasi termasuk di kawasan bandar raya Kota Kinabalu, Manggatal, Likas dan Luyang.

"Semua yang ditahan berumur antara 13 hingga 67 tahun dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi PATI yang didapati positif dadah," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata operasi itu turut dibantu Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau berkata operasi itu akan dijalankan secara berterusan dan orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada polis.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu