Pahang terima RM2.41 bil untuk perbelanjaan pembangunan [ 8m ago ]

PLO sedia berunding semula dengan Washington

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
RAMALLAH, 12 Julai (Bernama) -- Kepemimpinan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bersedia menyambung semula rundingan dengan Amerika Syarikat (AS), andai negara itu bersetuju mematuhi piagam keamanan antarabangsa, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudainah berkata PLO tidak pernah menolak sebarang rundingan atau inisiatif untuk mencapai keamanan Palestin-Israel, yang berlandaskan penyelesaian dua negara serta tertakhluk di bawah resolusi legitimasi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.

Beliau berkata demikian pada Khamis sebagai mengulas kenyataan pegawai AS mengenai proses perdamaian Palestin-Israel baru-baru ini.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu