Kumpulan pertama jemaah haji dari Kelantan selamat tiba [ 3h ago ]

Cameroon lancar kempen siasat penipuan dalam pilihan raya

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
YAOUNDE (Cameroon), 12 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Cameroon (CONAC) akan memulakan kempen untuk menyiasat sebarang penipuan dalam pilihan raya yang diadakan di negara ini, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen bermula dari 22 Julai hingga 4 Ogos, kata presiden CONAC Dieudonne Massi Gams.

"Kita mahu memastikan negara memilih wakil yang berwibawa dan mematuhi undang-undang demi kemakmuran Cameroon. Itulah matlamat utama kempen ini," kata Gams pada sidang media di Yaounde pada Khamis.

Kempen dikenali "Roadshow" itu melibatkan aktiviti luar, bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai penipuan pilihan raya di kalangan rakyat.

"Ia dijalankan secara besar-besaran melalui perkongsian maklumat selain mengutuk perbuatan rasuah semasa pilihan raya. Kami mahu menghalang semua bentuk penipuan," kata Gams.

Cameroon dijangka mengadakan pilihan raya perbandaran dan daerah tahun ini. Pada Jun, Perhimpunan Kebangsaan Cameroon mengundi untuk menangguhkan pilihan raya Dewan Undangan Negeri sehingga tahun depan.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu