Jdt dan Terengganu FC hanya seri 3-3 [ 5m ago ]

RON97 naik 4 sen, RON95, diesel kekal

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Harga runcit RON97 naik sebanyak empat sen kepada RM2.57 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan pengekalan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel itu bagi tempoh 13 hingga 19 Julai itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan Automatic Pricing Mechanism (APM). Harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing.

Menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh seminggu tersebut adalah sebanyak RM114.06 juta.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu