Masa depan Tchetche bersama Skuad Penyu masih samar [ 1h ago ]

Pakar cadang Singapura wujud Kementerian Penuaan

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
SINGAPURA, 12 Julai (Bernama) -- Penubuhan Kementerian Penuaan yang bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia dan Pendidikan dapat membantu pihak berkuasa menyelesaikan cabaran yang dihadapi akibat perpindahan tenaga profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik (PMET) yang berusia, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Kementerian baharu itu perlu mempunyai satu unit khas untuk menangani masalah penuaan dalam sektor pekerjaan, terutamanya apabila golongan PMET menguasai lebih separuh tenaga kerja negara, menurut laporan dilancarkan pada 11 Julai oleh penyelidik kanan Institut Kajian Dasar Faizal Yahya

Punca utama kekangan tenaga kerja di Singapura ialah pekerja yang semakin berumur, kadar kesuburan rendah dan sekatan ke atas kemasukan tenaga kerja asing disebabkan faktor sosial dan politik.

Sekatan yang lebih ketat untuk pengambilan pekerja asing sejak 2011 menyebabkan Singapura terpaksa bergantung kepada pekerja tempatan yang semakin berusia, kata laporan itu.

Mengenai pendidikan, Faizal percaya proses pendidikan tidak lagi linear, tetapi ia satu proses berterusan mengikut kitaran industri, yang memerlukan hubungan antara industri dan institut pengajian tinggi diperkukuh.

Justeru, kerjasama antara Kementerian Tenaga Manusia dan Pendidikan perlu bagi menyokong peralihan aliran modal insan.

Forum Ekonomi Dunia membuat unjuran bahawa dari 2015 hingga tahun depan 7.1 juta pekerjaan di dunia boleh hilang, berikutan perubahan pasaran buruh yang mengganggu peningkatan ekonomi digital, walaupun dua juta pekerjaan akan diwujudkan dalam bidang seperti teknologi maklumat.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu