RM5.5 juta diperuntuk kepada Pusat Latihan Belia KPD-OISCA [ 4m ago ]

Perkeso Terengganu bayar RM4 juta hingga Jun tahun ini

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUALA BERANG, 12 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membayar lebih RM4 juta kepada 800 penerima bermula Januari hingga Jun tahun ini

Pegarahnya, Farihah Che Husin berkata bayaran itu merangkumi lapan kategori termasuk hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat.

"Empat kategori lain ialah bayaran pencen ilat, pencen penakat, ganti belanja dan pemulihan serta elaun jemaah doktor dan pembantu.

"Bayaran paling besar dibuat ialah bagi kategori hilang upaya kekal iaitu sebanyak RM2.1 juta diikuti hilang upaya sementara (RM989,000) dan pencen penakat (RM619,000)," katanya pada majlis penyerahan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 di Kampung Kuala Tok Bat, di sini, hari ini.

Sementara itu, penerima terbabit, Mohd Roestam Ngah, 49 berkata wang pencen penakat diterimanya akan digunakan untuk bersedekah dan kebajikan Allahyarham isterinya.

Isterinya, Rohana Mohd Nor, 47, pernah berkhidmat selama 18 tahun sebagai pembantu am di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang di sini, meninggal dunia Selasa lalu akibat kanser payudara.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu