Rugby U-18 squad to be rewarded in kind for 2nd Asian title - Syed Saddiq [ 8m ago ]

Keterujaan belajar di luar bilik darjah melalui eKelas Maxis

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUCHING, 12 Julai (Bernama) -- John Mackwin, pelajar Tingkatan Dua dari Kampung Taee, Serian dekat sini teruja apabila menceritakan mengenai pengalamannya membuat persembahan bagi pertandingan drama Inggeris eKelas.

Beliau adalah salah seorang daripada ramai pelajar yang mendapat manfaat daripada program eKelas Maxis di Sarawak yang membolehkan pelajar mengakses eKelass di 21 Pusat Internet yang terletak di Kuching, Miri dan Sibu.

"Ia lebih mudah untuk belajar ... Kami membaca skrip bersama-sama, memahaminya supaya kami boleh bertutur dengan betul, dan menggunakan nada dan ungkapan yang betul.

"Walaupun kita malu, ia lebih menyeronokkan untuk terlibat dalam projek berkumpulan dan melakukannya bersama," katanya pada sambutan Hari Gawai yang diadakan di Pusat Internet Kampung Taee baru-baru ini.

Kumpulan John meraih tempat pertama bagi keseluruhan pelajar tingkat dua dalam pertandingan drama eKelas yang menyaksikan penyertaan lebih 400 pelajar daripada 72 Pusat Internet yang mengambil bahagian.

Program eKelas Maxis terus mendapat sambutan menggalakkan apabila program perdana itu kini dilaksanakan di 72 Pusat Internet meliputi 10 negeri di Malahysia yang menyaksikan keterlibatan lebih 10,000 pel;ajar melalui program itu menerusi portal eKelas.

Perkongsian Maxis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memungkinkan pfrogram ini dilaksanakan di Pusat Internet yang berfungsi sebagai hub digital untuk masyarakat di kawasan yang kurang mempunyai kemudahan.

Keterujaan menyertai program ini dikongsi oleh para pelajar eKelas dari Pusat Internet Kampung Taee, yang merupakan yang paling ramai terlibat secara aktif dalam program tersebut dengan merangkul tempat pertama dan kedua bagi keseluruhan pelajar Tingkatan Dua dalam pertandingan Drama Inggeris eKelas dan memenangi pertandingan hiasan.

Tahun lepas, lapan pelajar dari kampung itu layak ke Kem Percutian eKelas yang diadakan di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut berkata program eKelas membawa pembelajaran digital lebih dekat kepada komuniti terutama bagi pelajar di kawasan luar bandar.

"Dengan memanfaatkan teknologi, kita dapat menghubungkan pelajar dengan guru berpengalaman dan melalui portal eKelas, dan menyediakan akses kepada kandungan pembelajaran yang berkualiti .. Kampung Taee adalah contoh terbaik bagaimana komuniti bersatu menggunakan teknologi dan mendapat manfaat daripadanya," kata beliau.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu