Thailand eyes Sabah potential in medical tourism [ 16m ago ]

Polis tangani penagih dadah berkeliaran di Langkawi

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
Datuk Kamarulzaman Mamat
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Tindakan menempatkan anggota polis di tujuh 'kawasan panas' di sekitar pulau peranginan Langkawi dilihat membantu menangani masalah penagih dadah berkeliaran di lokasi terbabit.

Kawasan terlibat termasuk Bukit Malut, Pulau Tuba, Padang Matsirat, Kuah dan Kuala Teriang.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata anggota polis ditempatkan secara ‘mobile’ serta statik di kawasan terlibat dan telah mengesan kira-kira 1,200 penagih dadah di lokasi-lokasi itu.

"Disebabkan kami meletakkan anggota di tujuh kawasan panas itu, kita lihat tiada lagi penagih berkeliaran di tepi pantai,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata penagih mungkin duduk di dalam bot atau jauh dari kawasan pantai, dan percaya lama-kelamaan mereka akan terputus bekalan dadah dan menyerah diri kepada polis.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu