Sabah capai 90 peratus tahap perkhidmatan ICT [ 24m ago ]

Pelancong Jerman hilang selepas banjir kilat di Taman Negara Mulu

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
MIRI, 12 Julai (Bernama) -- Dua hilang termasuk seorang pelancong Jerman ketika banjir kilat berlaku di Gua Rusa di Taman Negara Mulu pada pukul 5.50 petang ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima dari polis, selain seorang pelancong Jerman turut gagal dikesan ialah seorang pemandu pelancong rakyat tempatan, manakala lapan pelancong yang turut berada di lokasi sama terselamat.

"Polis Marudi masih menunggu laporan terkini dari polis Mulu mengenai status dua mangsa yang dilaporkan hilang," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini malam ini.

Beliau berkata Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak serta Bomba Marudi telah menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi pada pukul 6.00 petang ini.

Katanya Bomba Marudi serta Unit Udara Bomba Miri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kini sedang bersiap sedia ke lokasi kejadian sebaik sahaja mereka mendapat maklumat yang tepat dari pihak berkaitan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu