Mahkamah rayuan kekal hukuman penjara 25 tahun ke atas dua lelaki lakukan pengeboman [ 7m ago ]

MGAC Maybank tarik penyertaan 35,000 peserta dari 18 negara

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- ‘Malayan Banking Bhd (Maybank) GO Ahead. Challenge’ (MGAC) 2019 menarik penyertaan kira-kira 35,000 peserta dari 18 negara, meningkat 300 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Modal Insan kumpulan Maybank berkata peserta-peserta adalah dari 10 negara ASEAN, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kazakhstan, Turkey dan Iran.

“Kami mengambil 60 hingga 70 pelatih daripada program ini pada setiap tahun. Sejak 2012 sehingga kini, kami telah memilih 3,000 peserta menerusi MGAC,” katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan panel bersempena pelancaran MGAC kelapan yang bertemakan ‘Challenge of Choice’ di sini, hari ini.

MGAC yang bermula pada 2012 merupakan pertandingan pengambilan bakat inovatif di bawah Program Perantis Global Maybank untuk mencari tenaga kerja bersesuaian untuk menjadi sebahagian daripada organisasi ini.

Turut hadir pada perbincangan panel itu ialah pengasas Colony CoWorking Space, Timothy Tiah, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif La Juiceria, Anabelle Co-Martinent dan pengasas bersama Incitement, Zikry Kohlil.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu