25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 1h ago ]

PPM Lahad Datu rampas telur penyu untuk pasaran tempatan

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
LAHAD DATU, 12 Julai (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 250 biji telur penyu bernilai RM500 di kawasan Pasar Ayam di sini, pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata cubaan menjual telur berkenaan di Pasar Rakyat di sini dipatahkan selepas Unit Risikan Marin (URM) PPM Lahad Datu menerima maklumat awam berhubung penjualan telur penyu terbabit pada 10 pagi.

Bagaimanapun, katanya tiada tangkapan dilakukan berkaitan perkata itu.

"Pegawai URM menjumpai satu baldi cat berwarna putih dan satu bakul berwarna kuning di tempat penyembelihan ayam.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua bekas tersebut berisi 250 biji telur penyu dianggarkan bernilai RM500," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata, kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu