Harrif terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga [ 25m ago ]

Perdana Menteri ucap selamat hari lahir buat isteri

Tarikh kemaskini: 12/07/2019
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93, hari ini.

Dr Mahathir pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Dr Siti Hasmah kerana sentiasa menemaninya dan atas sikap sabar wanita itu.

“Happy Birthday to my wife Hasmah. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menemani saya," kata Perdana Menteri menerusi satatan di akaun Twitter dan Facebook beliau.

"Saya sedar masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja lebih-lebih lagi sekarang, kerana itu saya menghargai kesabaran isteri saya. Semoga diberkati Allah sentiasa,” katanya.

Dr Mahathir sendiri menyambut harijadi ke-94 pada Rabu lepas.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu