PGA9 rampas beras Siam di kawasan bendang dinaiki air di Pasir Mas [ 5m ago ]

PCEB sasar nilai impak ekonomi meningkat 30 peratus tahun ini

Tarikh kemaskini: 13/07/2019
GEORGE TOWN, 13 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) menjangkakan anggaran nilai impak ekonomi (EEI) meningkat 30 peratus tahun ini didorong pencapaiannya mencatatkan EEI RM1.3 bilion tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif, G Ashwin berkata jangkaan mencapai kira-kira RM1.69 bilion daripada acara perniagaan yang dianjurkan pada tahun ini adalah berasaskan pertumbuhan nilai secara ketara yang direkodkan sejak penubuhan PCEB pada 2016.

“Kami juga berharap untuk meningkatkan jumlah acara perniagaan, perwakilan dan tempoh bermalam di bilik penginapan sebanyak 10 peratus tahun depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen ‘Penang 2020: Be Unfiltered’ anjuran PCEB oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow malam tadi.

Kempen itu dilancarkan sempena kempen pelancongan negeri, ‘Experience Penang Year 2020’.

Beliau berkata sejajar dengan kempen PCEB itu, pihaknya akan melancarkan aplikasi mudah alih, pakej ganjaran dan insentif untuk acara perniagaan antarabangsa, program tanggungjawab sosial korporat dan perkongsian strategik dengan Malaysia Airlines.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu