Kebakaran hutan di Iskandar Puteri Johor merebak, libat kawasan seluas 98 hektar ketika ini [ 12m ago ]

Gempa 5.5 magnitud gegar selatan Filipina

Tarikh kemaskini: 13/07/2019
 MANILA, 13 Julai (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada Sabtu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).
Phivolcs berkata gempa yang berlaku pukul 4.42 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman lima kilometer dan sembilan kilometer di tenggara bandar Carrascal.

Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, lapor agensi berita Xinhua.

Gegaran dirasai di bandar Butuan, Tandag dan Cagayan de Oro; Misamis Oriental di selatan Filipina dan bandar Cebu, tengah Filipina.

Phivolcs berkata gegaran dijangka akan mencetuskan gempa susulan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu