Kumpulan pertama jemaah haji dari Kelantan selamat tiba [ 4h ago ]

Parlimen : FDI Malaysia meningkat 73 peratus

Tarikh kemaskini: 15/07/2019
Datuk Darell Leiking
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) negara menunjukkan peningkatan sebanyak 73.4 peratus pada suku pertama tahun ini bermula Januari hingga Mac berbanding tempoh sama pada 2018.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata jumlah FDI dalam tempoh berkenaan adalah sebanyak RM29.3 bilion, meningkat berbanding RM16.9 bilion tahun lalu.

“Sektor perkilangan maasih menjadi tumpuan pelabur asing iaitu sebanyak RM20.2bilion , dan RM8.1bilion dalam sektor perkhidmatan dan RM1bilion dalam sektor utama lain iaitu perlombongan, perladangan , komoditi serta pertanian,” katanya hari ini.

--BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu