PH government will continue to implement beneficial policies for the people [ 1m ago ]

Angka korban bot migran karam berhampiran pantai Tunisia meningkat kepada 82 orang

Tarikh kemaskini: 15/07/2019
TUNIS, 15 Julai (Bernama) -- Angka korban nahas bot migran yang karam berhampiran pantai Tunisia meningkat kepada 82 orang selepas tiga lagi mayat ditemui di pantai-pantai Zarzis dan Djerba pada Sabtu malam, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Bulan Sabit Merah Tunisia (CRT) pada Ahad.

Mayat yang mereput itu telah dibawa ke Gabes untuk pemeriksaan genetik sebelum dikebumikan di sebuah perkuburan yang dikhaskan untuk pendatang.

Sejumlah 86 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh wanita dan tiga kanak-kanak, telah dilaporkan hilang sejak bot yang mereka naiki karam pada 3 Julai selepas meninggalkan pantai Libya menuju Itali.

Menurut CRT, empat orang telah diselamatkan pengawal pantai Tunisia sebelum seorang daripada mereka meninggal dunia akibat gangguan kesihatan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu