Polis cari waris pejalan kaki maut dilanggar di Rengit [ 8m ago ]

KDNK China tumbuh 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2019 - Biro Statistik

Tarikh kemaskini: 15/07/2019
BEIJING, July 15 (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 6.3 peratus pada separuh pertama 2019 berbanding tahun sebelumnya, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan Biro Statistik Kebangsaan pada Isnin.

"Menurut anggaran awal, pada separuh pertama 2019, pertumbuhan KDNK China tahun ke tahun berjumlah 45,09 trilion yuan (US$6.6 trilion), dengan kadar pertumbuhan tahun ke tahun pada 6.3 peratus," menurut kenyataan itu.

Pertumbuhan KDNK pada separuh kedua 2019 berkurangan kepada 6.2 peratus, sejajar dengan jangkaan, kata biro itu.

China telah menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi pada kadar kira-kira 6 hingga 6.5 peratus bagi 2019.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu