Banyak kawasan di Syria tenang - PBB [ 2m ago ]

India tangguh misi kedua ke bulan susulan masalah teknikal

Tarikh kemaskini: 15/07/2019
NEW DELHI, 15 Julai (Bernama) -- India telah menangguhkan misi keduanya ke bulan dikenali sebagai "Chandrayaan-2" susulan masalah teknikal dalam sistem pelancar kenderaan, yang dijadual dilancarkan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) berkata tarikh baharu pelancaran akan diumumkan kemudian.

"Satu masalah teknikal telah dikesan dalam sistem pelancar kenderaan pada minit ke-56 sebelum pelepasan.

"Sebagai satu langkah berjaga-jaga, pelancaran Chandrayaan-2 telah dibatalkan pada Isnin. Satu tarikh pelancaran yang telah disemak semula akan diumum tidak lama lagi," kata ISRO melalui Twitter.

--BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu