RM5.5 juta diperuntuk kepada Pusat Latihan Belia KPD-OISCA [ 5m ago ]

Omesti jual 16 peratus saham dalam RAM Credit Information kepada CTOS

Tarikh kemaskini: 15/07/2019
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Omesti Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Man Yau Holdings Bhd, menjual 16 peratus kepentingannya dalam RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) kepada CTOS Holdings Sdn Bhd, berjumlah RM26.88 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, ia berkata perjanjian telah ditandatangani dengan CTOS Jumaat lepas untuk menjual 100 peratus kepentingan Man Yau dalam Formis E Solutions Sdn Bhd, yang tidak aktif sejak 2014, namun memegang 16 peratus kepentingan ekuiti dalam RAMCI.

RAMCI terlibat dalam perniagaan laporan kredit dan menyediakan biro kredit dan perkhidmatan maklumat.

“Penjualan itu dijalankan selepas mengkaji semula portfolio pelaburan syarikat dan keadaan keseluruhan pasaran.

“Sebagai tambahan, hasil daripada penjualan itu akan memenuhi keperluan modal kerja tambahan untuk operasi kumpulan,” kata Omesti.

Omesti terlibat dalam pengedaran, penyelenggaraan dan pembangunan perkakasan dan perisian komputer bagi penyelesaian perisian komputer.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu