Sabah capai 90 peratus tahap perkhidmatan ICT [ 25m ago ]

22 maut akibat di panah petir di Azad Kashmir

Tarikh kemaskini: 15/07/2019
KARACHI, 15 Julai (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh akibat dipanah petir di pasar Leswa di Azad Kashmir pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai dan media tempatan.

Mereka yang maut termasuk sembilan anggota Tableegi Jamaat, yang tinggal di masjid tempatan berhampiran serta dua anggota tentera, menurut stesen penyiar tempatan Aaj News memetik pegawai Pengurusan Bencana Azad Kashmir.

Kejadian berlaku di bandar Leswa Lembah Neelam - destinasi pelancongan terkenal - berhampiran garis kawalan sempadan di lembah Kashmir.

Menurut pegawai itu, kejadian turut menyebabkan pasar berkenaan musnah sama sekali.

Selain petir dan kilat, hujan lebat turut mencetuskan banjir menyaksikan beberapa kenderaan pelancong dihanyut arus deras.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu