Persatuan insurans gesa hospital swasta lebih telus mengenai caj rawatan [ 7m ago ]

CPOPC lantik Yusof Basiron sebagai pengarah eksekutif baharu

Tarikh kemaskini: 16/07/2019
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) melantik Tan Sri Yusof Basiron sebagai pengarah eksekutif baharunya bagi tempoh tiga tahun.

Dalam satu kenyataan, susulan daripada Mesyuarat Menteri-Menteri CPOPC ke-7 yang berlangsung di sini hari ini, Menteri Industri Utama Malaysia Teresa Kok Suh Sim dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Darmin Nasution mengumumkan pelantikan Ahli-Ahli Sekretariat CPOPC bagi tempoh pertengahan 2019 hingga pertengahan 2022.

Yusof menggantikan Mahendra Siregar, yang mengetuai Sekretariat CPOPC itu dari 2017 hingga pertengahan 2019.

Ahli-ahli Sekretariat CPOPC terdiri daripada Dupito D. Simamora, dilantik sebagai pengarah eksekutif CPOPC baharu menggantikan Prof Datuk Makhdzir Mardan dan kakitangan utama termasuk pengarah strategi dan dasar Mohammad Jaaffar Ahmad dan Dr Witjaksana Darmosarkoro yang merupakan pengarah kemampanan dan pembangunan pekebun kecil, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu