Terengganu FC, Pahang maintain winning momentum [ 10m ago ]

Kedutaan Mesir di Malaysia sambut Hari Kebangsaan ke-67

Tarikh kemaskini: 20/07/2019
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kedutaan Mesir di Malaysia pada Jumaat menyambut Hari Kebangsaan ke-67 republik itu dalam semangat keakraban.

Majlis itu dihoskan Duta Mesir ke Malaysia Gamal A. Metwally dan dihadiri kira-kira 500 tetamu termasuk duta serta pesuruhjaya tinggi selain anggota kor diplomatik dan komuniti Mesir di Kuala Lumpur serta wakil badan kerajaan dan perniagaan Malaysia.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Shahruddin Mohd Salleh mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu.

Mesir menyambut Hari Kebangsaannya, yang turut dikenali sebagai Hari Revolusi, setiap tahun pada 23 Julai.

Sambutan itu memperingati penubuhan Mesir sebagai sebuah Republik pada 23 Julai 1952, yang mengakhiri tempoh monarki di negara benua Afrika tersebut.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu